Bintang Los Angeles Lakers, Anthony Davis, mengakui dia tidak bersedia untuk mengambil risiko dengan masalah Achilles yang mengetepikannya daripada dua perlawanan NBA.
Kecederaan itu didedahkan Ahad lalu selepas Davis mempamerkan persembahan dengan 30 mata ke atas Detroit Pistons, dan All-Star tujuh kali itu terlepas perlawanan ke atas Oklahoma City Thunder.
Davis diturunkan in 83 daripada 92 perlawanan bagi membantu Lakers menamatkan kemarau kejuaraan selama 10 tahun musim lalu -- musim pertama di Los Angeles berikutan perpindahannya dari New Orleans Pelicans.
Namun Davis menegaskan dia mampu beraksi mengatasi kesakitan yang dihadapi, keinginan untuk bergegas kembali dan memburukkan lagi isu yang dihadapi menjelang saingan NBA playoffs adalah sesuatu pemain berusia 27 tahun itu tidak bersedia untuk melayan.
"Saya memikirkan setiap perlawanan lain... Saya mahu beraksi. Ini hanya keadaan yang berbeza ketika mengalami kecederaan Achilles," kata Davis.
"Jika kecederaan paha atau jari, saya mungkin tidak kisah untuk bermain. Tetapi saya enggan bermain dengan kecederaan ini.
"Hari ini adalah hari pertama saya berlatihn, melakukan larian bersama beberapa pemain lain bagi menguji keadaan.
"Saya tidak mahu beraksi hingga menjadikan keadaan semakin buruk hingga terlepas saingan playoffs atau direhatkan bagi jangka masa panjang."
Lakers melanjutkan kemenangan kepada enam perlawanan dengan 114-113 ke atas Thunder dan menghuni tangga kedua Eastern Conference (20-6).
Juara bertahan NBA itu menerima kunjungan Memphis Grizzlies di Staples Center esok.

All’s well in Southern California #LakeShow pic.twitter.com/kpFy5iPyac
— Los Angeles Lakers (@Lakers) February 11, 2021