Joel Embiid memberi penghargaan buat rakan sepasukannya selepas mempamerkan satu persembahannya luar biasa dalam kemenangan Philadelphia 76ers ke atas Chicago Bulls, sebentar tadi.
Embiid menghasilkan 50 mata buat julung kali dalam kariernya, dengan 17 lontaran dan lima bantuan jaringan dalam kemenangan 112-105 76ers dalam kempen Sidang Timur NBA.
Sebaliknya, pemain All-Star iu memberi penghormatan kepada rakan sepasukannya yang menyaksikan 76ers melakar pencapaian 20-10 setakat ini.
"Kami melakukannya sebagai sebuah pasukan. Itu bukan usaha satu pihak sahaja, kami semua bekerjasama," katanya kepada ESPN.
"Rakan sepasukan dapat mencari saya, saya juga menjumpai mereka, kami saling berkongsi hantaran, kami menggerakkan bola dan kami sebenarnya bertahan dengan lebih baik berbanding beberapa perlawanan terakhir. Itulah yang membuatkan saya gembira. Ia bermula daripada pertahanan jadi saya cukup gembira atas apa yang kami lakukan buat masa ini."
Embiid menambah: "Inilah tugas saya, sebab itulah mereka membayar saya, secara bertahan hanya perlu menjadi pemain terbaik tahun ini kerana anda tahu aspirasi saya adalah untuk memenangi gelaran pertahanan tahun ini.
"Ketika menyerang, saya melakukan apa yang diperlukan dan jika saya perlu membuka permainan maka itulah yang akan saya lakukan.
"Sekiranya saya perlu menjaringkan gol, itulah yang akan dilakukan, jika saya perlu bertahan, itulah yang saya lakukan, kami melakukannya sebagai sebuah pasukan."
Selepas kemenangan berturut-turut, 76ers kini menguasai puncak Sidang Timur.

New career-high. pic.twitter.com/F0jzUDi5JM
— Philadelphia 76ers (@sixers) February 20, 2021