Jaguh lompat tinggi negara, Nauraj Singh, sekali lagi terlepas peluang berentap dengan rakan senegara, Lee Hup Wei, dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Filipina bermula 6 Mac ini apabila dijadual berlepas ke Australia untuk mendapatkan sentuhan jurulatih, Alex Stewart.
Nauraj dan Hup Wei tidak lagi berlatih bersama bulan lalu selepas Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) menamatkan khidmat Stewart.
Mereka membawa haluan masing-masing dengan Nauraj berlatih di Eropah sementara Hup Wei kekal di Bukit Jalil.
Hup Wei cemerlang melepasi 2.20m ketika merangkul pingat emas Kejohanan Perak All Comers, Sabtu lalu, sekali gus merancang penampilan kedua tahun ini dalam Terbuka Filipina.
Namun, Nauraj pula mengambil keputusan kembali ke pangkuan Stewart, Ahad ini, selepas Majlis Sukan Negara (MSN) meluluskan program latihannya di Australia.
"Saya tidak akan beraksi dalam Terbuka Filipina kerana telah mempunyai perancangan yang dilakukan oleh Stewart untuk berlatih di Australia," kata Nauraj.
"Ini merupakan peluang buat saya meningkatkan lagi mutu lompatan serta menyertai kejohanan di sana."
Pemegang rekod kebangsaan ini dijadual menyertai dua kejohanan di Australia, termasuk Terbuka Australia, bermula hujung bulan depan.
Dia kemudian akan membuat penampilan sulung dalam Kejohanan Asia di Doha, Qatar, April ini dengan misi memecah rekod kebangsaan miliknya, 2.30 meter, untuk layak ke Kejohanan Dunia 2019.
"Sasaran peribadi saya adalah layak ke Kejohanan Dunia. Ini merupakan penampilan pertama dalam Kejohanan Asia yang berlangsung April ini dan saya berharap untuk memecahkan rekod kebangsaan."