Kejohanan Ragbi National Sevens 2025 dari 25 hingga 27 Julai ini bakal menjadi medan terakhir buat pemain negara memburu tempat ke temasya Sukan SEA Thailand 2025.
Menurut Setiausaha Agung Ragbi Malaysia (MR), Mohd Fahmy Abdul Jalil, kesemua pemain lelaki dan wanita yang akan beraksi dalam kejohanan di Kuala Terengganu itu berpeluang untuk terpilih mewakili negara dalam temasya dwi tahunan berkenaan.
Ini selepas senarai panjang 30 pemain lelaki dan wanita yang sudah diserahkan kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) akan dikecilkan kepada 17 pemain sebelum tarikh akhir penyenaraian pemmain pada 1 September depan.
"Matlamat utama kejohanan ini diadakan adalah untuk kami menyenarai pendek dan menyenarai akhir pemain untuk mewakili Malaysia ke Kejohanan Asia 7 Series yang akan berlangsung di China dan Sri Lanka dan seterusnya untuk membawa pulang pingat emas dalam Sukan SEA 2025 di Bangkok," kata Fahmy kepada wartawan Astro Arena Fadhirul Shuhaimi.