SUKAN-LAIN

Natasha Roslan teruja lihat inisiatif MSN hargai petugas barisan hadapan

Stadium Astro
Saufi Tahir
15/03/2025
09:32 MYT
Sponsor Banner
Natasha Roslan teruja lihat inisiatif MSN hargai petugas barisan hadapan
Atlet tenpin boling negara, Natasha Roslan, serta atlet angkat berat negara, Muhammad Erry Hidayat, menzahirkan keterujaan dalam menjayakan Program Jelajah Sahur Atlet bersama petugas barisan hadapan anjuran Majlis Sukan Negara (MSN).
"Program ini baik kerana berbakti semula kepada komuniti, juga dapat Bersama atlet sukan lain. Ia usaha yang baik daripada pihak MSN," kata Natasha.
"Program ini sangat bagus bagi menghargai barisan hadapan yang menjaga keselamatan negara kita," tambah Erry Hidayat.
Sementara itu, Kolonel Tadbir Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat, Kolonel Mohamed Rosly Darasid, turut mengakui ia merupakan inisiatif luar biasa daripada Majlis Sukan Negara yang mengiktiraf pengorbanan barisan hadapan negara.
Perkara itu adalah simbolik kepada tanda penghargaan atlet terhadap barisan hadapan yang sentiasa mengerah keringat demi kesejahteraan rakyat Malaysia.
"Memberikan pendedahan kepada semua atlet negara mengenai tugasan dan peranan kami dalam menjaga keselamatan negara.
"Saya berpendapat aktiviti ini akan memberikan pendedahan kepada atlet bahawa pentingnya bersama-sama menyumbang kepada pertahanan negara." ujarnya.
Program Jelajah Sahur tersebut mempunyai empat destinasi yang bakal diterokai, bermula dengan menziarahi Balai Polis Sungai Besi, Balai Bomba Sungai Besi, Kem Perdana Sungai Besi dan Hospital Sultan Idris Shah, Serdang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video