"Pengalaman yang sangat baik untuk kami"
Jurulatih Malaysian Tigress, Nasihin Nubli Ibrahim, merumuskan kempen Kejohanan Hoki Piala Negara-Negara 2 di Walcz, Poland memberikan banyak pengajaran berguna kepada anak buahnya untuk menghadapi kejohanan besar selepas ini.
Ini susulan skuad hoki wanita negara hanya mencatat satu kemenangan daripada lima perlawanan yang diharungi dan menamatkan cabaran di tempat ketujuh secara keseluruhan.
"Keseluruhan saya rasa pasukan ini semakin baik, cuma ini kejohanan pertama jadi pengalaman yang baik
Anak buah Nasihin menutup tirai kejohanan dengan menewaskan Afrika Selatan 4-3 menerusi penalti shoot-out selepas aksi sepenuh masa terikat satu sama.
Terdahulu, skuad negara tewas dalam semua aksi peringkat kumpulan iaitu 0-2 kepada Poland, 1-3 di tangan Afrika Selatan dan 2-4 bertemu Uruguay.
Ia juga disusuli kekalahan 0-5 kepada Itali dalam aksi penentuan tempat kelima/kelapan.
"Kita belum di tahap sepatutnya tetapi raih banyaj pengalaman baik untuk kami, ia bagus untuk pembangunan pasukan." tambahnya.
Skuad hoki wanita negara merekodkan keseluruhan empat gol daripada lima perlawanan di Poland dengan tiga daripadanya disumbangkan Nur Afiqah Syahzani untuk meletakkan Malaysia di kedudukan ketujuh membabitkan penentuan penalti shootout.