Skip to main content

Permotoran

Naquib Azlan rendah diri timba ilmu pengalaman, mahu kekal konsisten

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

naquib.jpg
Pelumba versatil permotoran negara, Naquib Azlan, berazam mempertahankan kejuaraan pada pusingan kedua Toyota Gazoo Racing GR 86/ BRZ Cup yang diadakan di Litar Motegi Resort pada 24 dan 25 Mei ini.

Jelasnya, dia berada dalam kondisi terbaik dengan jentera GR Garage Balakong untuk terus melakar sensasi dalam persembahan debutnya tahun ini.

Naquib mengakui cabaran hebat menanti di sebalik lambakan pelumba terbaik Jepun, namun tetap percaya kemampuan untuk terus unggul dalam perlumbaan pusingan kedua nanti.

"Alhamdulillah, berjalan dengan lancar.

"Kami banyak melakukan persiapan menggunakan simulator dengan jentera dan trek baru yang belum pernah dilihat.

"Pemulaan yang sangat positif. 

"Sekarang, mahu mengekalkan rentak yang sama.

"Dan paling penting, dapat mempelajari ilmu baru sebanyak mungkin," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.

Setelah tamat pusingan pertama, Naquib kini menghuni ranking pertama kejohanan dengan catatan 128.401 kilometer sejam di hadapan rakan senegara, Amir Harris Jefry, yang menamatkan saingan di kedudukan ketiga.

Advertisement

Must Watch Video