OLAHRAGA
Nani Sahirah gusar terhadap prestasi, mahu perbaiki teknik
Selepas memecahkan rekod kebangsaan yang berusia 33 tahun, nama Nani Sahirah terus melakar sensasi dalam acara lontar peluru dalam setiap kejohanan yang disertainya kini.
Pencapaian yang membanggakan itu juga membolehkan Nani meraih pingat gangsa Sukan SEA Kemboja, tahun lalu.
Namun, kegelisahan jelas terpancar di raut wajahnya apabila berdepan kesukaran ingin mengekalkan prestasi terbaiknya yang tidak menyamai rekod lontarannya.
Iklan
Meskipun senario itu kerap berlaku dalam kalangan atlet berprestasi tinggi, Nani merasakan kegagalan menghampiri catatan terbaiknya sudah mula merisaukan dirinya apabila penampilan terakhir di Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) sekadar mencatat 14.98m.
Nani perlu mengambil peluang untuk kembali ke tahap tertinggi dalam kejohanan xxxx sambil di bawah pemerhatian program pengkhususan yang disediakan oleh jurulatih, Malik Tobias.
"Selepas SUKIPT, jurulatih menyatakan bahawa saya perlu memperbaiki teknik sambil meletakkan sempadan di mana saya mampu melakukannya atau tidak," katanya.
Must-Watch Video