Skip to main content

Tenis

Nadal tekad mahu beraksi di Queen's

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

rafaelnadal-cropped_l3wgk30gkb0j1tf5dfn56nvdr.jpg
Pemain nombor satu dunia, Rafael Nadal, bercadang untuk beraksi di pentas Kejohanan Aegon di Queen's buat kali pertama selepas tujuh tahun.

Pemenang 16 kali Grand Slam dari Sepanyol itu menjulang kejuaraan Jelajah Dunia ATP pada 2008 tetapi melalui persiapan yang berbeza untuk menghadapi Kejohanan Wimbledon.

Dia yang kini berusia 31 tahun tampak bergelut untuk mempamerkan aksi terbaik dalam lima edisi Wimbledon yang terakhir apabila gagal melangkah ke pusingan keempat.

Bagaimanapun, pemenang dua kali di All England Club itu menyifatkan sasarannya adalah beraksi di Queen's pada tahun ini.

"Saya gembira untuk mengumumkan bahawa saya akan datang ke Queen's pada tahun ini.

"Ia bakal memasuki ulangtahun ke-10 bagi kejayaan saya pada 2008 dan sudah tentu ia menjadi satu kenangan terindah kerana menjulang kejuaraan Wimbledon tiga minggu selepas itu.

"Ia adalah tahun yang tidak akan dilupakan dan saya gembira untuk kembali beraksi di sana.

Nadal melakukan lima penampilan dalam final Wimbledon di antara 2006 dan 2011 dan mara ke suku akhir dalam saingan di Queen's.

Advertisement

Must Watch Video