SUKAN LAIN

Nadal tarik diri daripada Acapulco akibat cedera

Penulis Jemputan 28/02/2018 | 03:04 MYT
Pemain nombor dua dunia, Rafael Nadal, menarik diri daripada Terbuka Mexico akibat kecederaan pinggul.
Pemain Sepanyol itu bersedia untuk membuat penampilan pertamanya sejak Terbuka Australia, di mana dia tersingkir daripada suku akhir, apabila menjadi pilihan utama di Acapulco.
Tetapi Nadal, 31, berasakan kecederaan sama yang dialaminya di Melbourne dalam latihan semalam, sekali gus menarik diri daripada kejohanan ATP 500 itu.
"Saya percaya bahawa semua perhatian yang diperlukan sudah diambil, saya tiba di Cozumel untuk berusaha menyesuaikan diri," kata juara dua kali itu.
"Tetapi semalam, dalam latihan terakhir sebelum memulakan kejohanan, saya rasa menusuk di kawasan sama seperti masalah yang saya hadapi di Australia. Saya tidak tahu apa yang berlaku tetapi ia sama seperti yang berlaku di Australia.
"Mungkin ia situasi kecil tetapi realitinya ia adalah tidak jelas dan sehingga ia turun sedikit. Beberapa ujian dilakukan. Ia masih tiada diagnosis yang tepat.
"Doktor memberitahu bahawa saya tidak boleh bermain kerana berisiko kecederaan itu akan semakin buruk."
Ketiadaan Nadal membolehkan pemain Jerman, Alexander Zverev, disenaraikan sebagai pemain teratas dalam undian itu.
;