Skip to main content

Tenis

Nadal singkir Rublev, Federer rebah di tangan Del Potro

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

rafaelnadal-cropped_16tzm0akrzkwb112jmhth9sbr4.jpg
Pemain nombor satu dunia, Rafael Nadal, mengesahkan tempat dalam separuh akhir selepas menewaskan wakil Russia, Andrey Rublev, dalam aksi di Stadium Arthur Ashe, lewat malam tadi.

Rublev sebelum ini melakukan kejutan selepas menewaskan Grigor Dimitrov dan David Goffin untuk mara ke suku akhir, namun ternyata dia bukan tandingan Nadal apabila tewas 1-6, 2-6, 2-6.

Nadal yang menyasarkan kejuaraan ketiga di New York, hanya memerlukan satu jam 36 minit untuk mengatasi Rublev.

Bagaimanapun, hasrat peminat tenis dunia untuk menyaksikan pertemuan separuh akhir di antara Nadal dan juara Wimbledon 2017, Roger Federer, tidak kesampaian selepas wakil Switzerland itu gagal mengatasi cabaran pemain Argentina, Juan Martin Del Potro.

Dalam aksi sengit yang berlangsung pagi tadi, Del Potro menafikan kebangkitan Federer dalam set kedua, sekaligus memenangi perlawanan  7-5, 3-6, 7-6 (10-8), 6-4.

Nadal akan bertemu Del Potro dalam saingan separuh akhir esok dan pemenang akan menempah tiket final bertemu sama ada Pablo Carreño Busta atau Kevin Anderson yang berentap dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Advertisement

Must Watch Video