Rafael Nadal menafikan hasrat Stefanos Tsitsipas untuk meraikan ulangtahun kelahiran ke-20 dengan kejuaraan apabila pemain nombor satu dunia itu mencatat kemenangan straight set di pentas final Piala Rogers 2018, sekaligus memberikan kejuaraan Jelajah ATP ke-80 buatnya.
Hadir selaku pilihan utama, pemenang 17 gelaran grand slam itu ternyata tidak memberikan ruang buat lawan untuk mencipta kejutan selepas melakar kemenangan 6-2, 7-6 (7-4) di Toronto, semalam.
Nadal kini telah memenangi empat gelaran Piala Rogers, namun saingan tahun ini menyaksikannya menjulang kemenangan pertama di gelanggang keras dalam masa lima tahun.
Bagaimanapun, Nadal membuat keputusan untuk menarik diri daripada saingan Cincinnati Masters bagi memastikan dia mendapat rehat yang mencukupi.
"Saya meminta maaf untuk mengumumkan bahawa saya tidak akan beraksi dalam saingan Cincinnati tahun ini. Tiada sebab lain melainkan hanya mahu menjaga keadaan tubuh badan saya.
"Saya berterima kasih kepada rakan saya yang merupakan pengarah kejohanan, Andre Silva, yang memahami keadaan saya melalui perbualan telefon. Saya yakin kejohanan ini akan berjaya dan mengucapkan selamat maju jaya untuknya," kata Nadal.
Sementara itu, pemain Romania, Simona Halep, menikmati perseteruannya dengan Sloane Stephens selain percaya permainannya telah meningkat selepas mengatasi wakil Amerika Syarikat itu untuk bergelar juara Piala Rogers bagi acara wanita.
Halep yang menduduki carta teratas dalam ranking dunia ketika ini menjulang trofi Piala Rogers kedua dalam masa tiga tahun setelah mencatat kemenangan 7-6 (8-6), 3-6, 6-4.
Sebelum ini, kedua-dua bintang itu bertemu sebanyak dua kali tahun ini, menyaksikan Halep menikmati kemenangan dalam dua aksi di Paris dan Montreal.
Tanpa berselindung, Halep memuji persembahan lawannya itu sambil mendedahkan peningkatan daripada Stephens telah membuatkan corak permainannya menjadi lebih baik.
"Kedua-dua aksi bertemu Stephens tahun ini adalah perlawanan yang menarik. Dia menjadikan saya seorang pemain yang lebih baik setiap kali kami bertemu. Ia bagus untuk saya," ujar Halep.
"Sudah tentu Stephens adalah pemain yang kuat. Dia sangat kompleks dan memiliki segalanya."