Dr. Aiesha Asmadi sekali lagi cipta magis apabila membuktikan kejayaan dirinya mengatasi kanser payu dara sebanyak dua kali menjadikannya individu yang jauh lebih kuat selepas muncul pemenang pingat perak NABBA Universe 2023.
Doktor perubatan itu tidak menunjukkan sisi selaku bekas pesakit barah -- sebaliknya memperagakan semangat juang luar biasanya untuk terus mengukir namanya di pentas antarabangsa.
Kejayaan merangkul pingat perak merupakan peningkatan drastik dalam mutu persembahannya selepas meraih gangsa kejohanan sama musim lalu -- dan menjadi bukti, transformasi mental dan fizikalnya berada di tahap terbaik.
"Sebenarnya, karier sebagai doktor dan bina badan seiring. Saya juga merupakan bertindak sebagai penasihat perubatan kecergasan dan banyak memberikan bantuan kepada barisan atlet bagi meningkatkan tahap prestasi," katanya menerusi Nadi Arena.
"Saya bersyukur dengan atas peluang menjadi atlet bina badan negara ia merupakan sesuatu yang menyeronokkan bagi saya dan dapat menabur khidmat kepada negara."