Skip to main content

Sukan Lain

Mykolas Alekna lebur rekod dunia selepas 38 tahun

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

alekna.jpg
Atlit lempar cakera Lithuania, Mykolas Alekna berjaya memecah rekod dunia yang dipegang oleh Jurgen Schult selepas hampir 38 tahun dengan balingan sejauh 74.35* meter dalam Kejohanan Oklahoma Throws Series di Ramona pada semalam.

Balingan tersebut memastikan rekod dunia yang dilakar oleh Jurgen Schult pada tahun 1986 (74.08m) iaitu 16 tahun sebelum Alekna dilahirkan, di samping Alekna turut mencatatkan kesemua enam balingan melepasi 70 meter.
 
Percubaan kelima merupakan balingan yang menjadi sejarah manis buat atlit berusia 21 tahun itu yang pada asalnya diukur sejaruh 74.41 meter sebelum disemak semula menjadi 74.35 meter.

Keluarga Alekna kini mempunyai dua daripada tiga pelempar cakera terbaik dalam sejarah dunia, dengan juara Olimpik dua kali, Virgilijus Alekna (bapa kepada Mykolas) di kedudukan ketiga ketiga keseluruhan menerusi catatan 73.88 meter pada tahun 2000.

*Tertakluk kepada prosedur pengesahan biasa
 

Advertisement

Must Watch Video