Pasukan Captain's Mode muncul juara kategori Counter Strike (CS) dalam kejohanan maya MY E-Sports Kebangsaan 2.0 Stay@Home Challenge selepas menewaskan pasukan Darkside 3-0 hari ini.
Dalam pusingan pertama, pasukan pilihan itu mudah menewaskan lawan mereka 16-5 sebelum meneruskan rentak sama dalam pusingan kedua untuk mencatatkan kemenangan 16-6.
Pasukan yang diketuai oleh Aduka itu ternyata sukar ditandingi Darkside apabila sekali lagi mendominasi pusingan ketiga 15-7.
Dengan kemenangan itu, Captain's Mode memenangi hadiah wang kemenangan bernilai RM4,000.
Muzaffar Musa
Thu Apr 23 2020