Skip to main content

Sukan Lain

My Chemical Romance bakal buat persembahan di SNBJ dua malam berturut-turut

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mcr-snbj.jpg
Kugiran terkenal Amerika Syarikat, My Chemical Romance (MCR), menambah satu lagi malam persembahan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) susulan permintaan luar biasa daripada peminat.

Ini menjadikan Kuala Lumpur satu-satunya lokasi di Asia Tenggara yang menyaksikan persembahan dua malam berturut-turut konsert mereka.

Penganjur, Hello Universe Malaysia, mengesahkan bahawa konsert tambahan akan berlangsung pada 1 Mei 2026 di Stadium Nasional Bukit Jalil, sehari selepas persembahan asal yang dijadualkan pada 30 April 2026.

Tiket bagi konsert kedua akan mula dijual pada 1 Ogos 2025 jam 10 pagi, melalui laman web rasmi dan aplikasi mudah alih GoLive Ticketing.



Harga tiket kekal seperti konsert pertama, bermula dari RM299 hingga RM1,099, meliputi zon tempat duduk dan berdiri.

Penambahan malam kedua ini diumumkan selepas 60,000 tiket untuk konsert pertama habis dijual dalam masa kurang dua jam, menyebabkan ramai peminat kecewa akibat gangguan teknikal dan aktiviti penjualan semula oleh pihak tidak bertanggungjawab.

MCR kali terakhir membuat persembahan di Malaysia pada tahun 2007 dalam jelajah The Black Parade World Tour, dan kemunculan semula mereka selepas hampir dua dekad disambut dengan penuh nostalgia oleh peminat tempatan.

Malaysia kini menjadi satu-satunya negara dalam jelajah Asia Tenggara MCR yang menerima dua malam persembahan, mengatasi lokasi lain seperti Thailand, Filipina, Singapura dan Indonesia.-Awani

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video