Jurulatih skuad futsal wanita negara, Muizzuddin Mohd Haris, kini memberi tumpuan kepada aspek hantaran dan fizikal pemain untuk menghadapi Sukan SEA, Ogos ini.
Dia mengenal pasti dua kelemahan itu ketika skuadnya beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang Hong Kong, bulan lalu.
Barisan negara kini memasuki fasa akhir latihan dan Muizzuddin berharap kelemahan itu mampu diatasi.
"Kelemahan ketara ketika melawan Hong Kong adalah hantaran, sokongan dan pergerakan. Dalam masa yang sama, kami juga perlu meningkatkan serangan dan pertahanan," katanya.
Skuad negara akan mengadakan perlawanan persahabatan berdepan Taiwan pada 14 dan 15 Julai ini, serta aksi persahabatan di luar negara pada awal Ogos.
Dalam pada itu, Muizzuddin tetap optimis dengan peluang skuad negara meraih pingat dalam temasya dwi-tahunan itu.
Bekas penyerang futsal negara ini percaya skuad kendaliannya mampu berdepan mana-mana pasukan, termasuk skuad pilihan, Thailand.
"Saya yakin dengan persiapan, semangat dan komitmen yang ditunjukkan pasukan ini boleh membawa kepada pingat emas kepada negara," tambahnya.