SUKAN LAIN
Muguruza julang gelaran pertama sejak 2019
Garbine Muguruza akhirnya merangkul gelaran pertama selepas hampir dua tahun dengan kemenangan ke atas Barbora Krejcikova dalam aksi final Kejuaraan Tenis Dubai.
Bekas pemenang Terbuka Perancis dan Wimbledon telah menampilkan aksi terbaik namun gagal meraih gelaran.
Bagaimanapun, dia memastikan kejuaraaan akhir berjaya dijulang dengan kemenangan 7-6 (8-6), 6-3 ke atas Krejcikova, pakar beregu yang tidak berada dalam kelompok 50 pemain terbaik.
Jurulatih, Conchita Martinez, tidak bersama Muguruza selepas diuji positif COVID-19, menyaksikan perlawanan menerusi rakaman video di gelanggang.
"Dia diuji positif dan kecewa kerana tidak dapat menyaksikan perlawanan, jadi kemenangan ini adalah untuk dia," katanya.
Kejuaraan paling terkini Muguruza merupakan pada Terbuka Monterrey 2019, di mana dia berjaya mempertahankan gelaran.
Dia merupakan naib juara Terbuka Australia pada 2020 dan mara ke final Yarra Valley Classic dan Terbuka Qatar.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.