Walaupun program jelajah di Australia membuka peluang buat pemain hoki kebangsaan memperbaiki aspek permainan secara menyeluruh, Mughni Kamal, mengakui memerlukan sedikit masa dalam menyesuaikan diri dengan tahap kepantasan permainan di peringkat antarabangsa.
Namun, Mughni mengambil peluang sebaiknya daripada pengalaman Fitri Saari sebagai pemain senior untuk mendapatkan nasihat terutama melibatkan hantaran pantas yang mampu mengganggu strategi pihak lawan.
"Dia memang penggerak utama pasukan, kawalan bola serta kemahirannya mencorak permainan memudahkan penyerang melakukan jaringan," katanya ketika ditemu bual semasa sesi latihan skuad hoki negara.
Bagi menghadapi Piala Negara-Negara yang dijadualkan berlangsung pada 15 hingga 21 Jun, skuad 'Speedy Tigers' akan menjalani lima aksi persahabatan menentang pasukan Korea Selatan bermula 19 sehingga 29 Mei ini.