Dua petarung muay thai cilik negara, Adam Mikail (kategori junior lelaki 10-11 tahun 30kg) dan Nur Dhea Salsabila Saifuddin Yusof (kategori junior perempuan 14-15 tahun 45kg) menerima suntikan moral untuk menghadapi Kejohanan Muaythai Remaja Dunia IFMA 2025 di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Kedua-dua atlet remaja negara itu hari diraikan dalam Majlis Penyerahan Jalur Gemilang, Pakaian Sukan dan Sumbangan Tajaan Korporat di Ibu Kota.
Menurut mantan Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS), Datuk Dr Suhardi Alias, mengingatkan atlet agar mempamerkan prestasi terbaik dan mengambil peluang ini untuk menimba pengalaman di peringkat antarabangsa.
Suhardi turut menekankan bahawa atlet juga adalah duta negara dan menggalas misi mengharumkan nama negara menjelang kejohanan yang bermula Rabu depan.