Kejohanan Muay Thai Kuda Merah Kali Ke-73 bakal menggegar semula Stadium Titiwangsa pada hujung minggu ini dengan pertempuran utama di antara petinju ternama Thailand, Dean-Kao san, bertemu Mat Ropi iaitu Singa Muda Kuda Merah PDRM.

Presiden Kelab Muaythai Kuda Merah, Rosli Yaacob, yakin petinju yang menyertai kejohanan kali ini dipilih mengikut tahap pencapaian peribadi yang terbaik.

"Peninju ini saya pilih sendiri, kekuatan mereka seimbang jadi kalau TKO, nasiblah.

"Saya sangat berpuas hati dengan peninju yang akan bertanding.

"Ada beberapa isu yang saya tidak berpuas hati dalam kejohanan lalu disebabkan ada penggantian pada saat-saat akhir kerana peninju sebenar tidak dapat hadir akibat kecederaan.

"Saya harap kami dapat buktikan bahawa kejohanan kali ke-73 ini adalah (penganjuran) yang terbaik," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.

Tidak gentar walaupun usia berpuluh tahun lebih muda, Mat Ropi tampil dengan pengalaman bertempur dalam 327 perlawanan sepanjang karier dan yakin mampu menumbangkan lawannya.


"Tahap ini memerlukan kemahiran yang lebih tinggi, amat mencabar bagi sabar.

"Saya sudah lama mengikuti pertarungannya.

"Dia memiliki teknik yang bagus, umur pun lebih muda dari saya.

"Dia memang sudah ada berpengalaman, kali pertama dia datang Malaysia pun sudah bergelar juara dari sana.

"Apa pun, saya nak cuba sejauh mana keupayaan kami," katanya pula.