Setelah muncul selaku juara Piala Sumbangsih dan menjuarai Liga Hoki Malaysia (MHL) 2024 pasukan Malaysian University (MU) terus dahagakan kejayaan bagi menjulang semula piala berprestij itu dengan menewaskan pasukan jemputan dari China, Liaoning Women's HT pada aksi final di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu.
Sebagai rekod, Malaysian University sebelum ini merupakan juara Piala Vivian May Soars 2021 dan 2022 namun gagal mempertahankan kejuaraan itu pada edisi tahun lepas apabila ditewaskan Negeri Sembilan menerusi penentuan pukulan penalti 2-3 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1.
Pengendali skuad Malaysian University, Lailin Abu Hassan berkata, edisi kali ini merupakan tahun terbaik untuk skuad kendaliannya memburu gelaran treble. Namun, laluan tampak sukar kerana mereka perlu menentang bukanlah calang-calang lawan.
"Liaoning mempunyai pemain yang mempunyai kekuatan asas yang bagus, pemain perlu fokus untuk perlawanan akhir (Sabtu).
"Tekanan memang tapi apa yang penting cara pemain sesuaikan diri dengan tekanan itu, harap mereka akan lebih tenang, kita akan buat analisis video," katanya pada sidang media Piala Vivian May Soars 2024 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil pada Jumaat.
Malaysian University mengesahkan kemaraan ke final selepas menundukkan Negeri Sembilan dengan agregat 8-2 menerusi kemenangan 4-1 usai separuh akhir pertama dan kedua.
Menariknya, ini merupakan penampilan buat kali kelima berturut-turut buat Malaysian University di pentas final.
Perlawanan akan berlangsung pada petang Sabtu, jam 6 petang ini.