Skip to main content

Permotoran

MTCC: Tak sengaja jatuh cinta dengan dunia permotoran

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

axle-sports,-raja-amirul-syauqat,.jpg
Pelumba pasukan Axle Sports, Raja Amirul Syauqat, tidak pernah meminati dunia permotoran kerana sebelumnya lebih fokus kepada bola sepak dan juga hoki.

Namun, bakatnya berjaya dicungkil ketika dia bermain simulator perlumbaan ketika Program Jelajah Kampus Toyota Gazoo Racing di lokasinya menimba ilmu iaitu UiTM Pasir Gudang, sebelum memasuki arena perlumbaan kereta.

"Sebelum diracun dunia permotoran, saya tidak begitu meminati kereta. Setakat tengok sahaja.

"Kerana rezeki, saya perlu belajar dan serap sebanyak mungkin ilmunya untuk pergi lebih jauh. 




"Sekarang saya mula meminati kereta," katanya. 

Sementara itu, meskipun baru merasai perlumbaan di atas trek sebenar pada 2024. 

Pelumba berusia 22 tahun itu teruja untuk membuat kejutan dalam penampilan sulung Malaysia Touring Car Championship (MTCC) edisi kali ini.

"Saya mahu menggunakan peluang ini sebaik mungkin untuk pergi lebih jauh," katanya. 

Advertisement

Must Watch Video