Pasukan R-Engineering muncul juara Pusingan Keempat Malaysia Touring Car Championship (MTCC) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini.
Gandingan Leon Khoo dan Lai Wee Seng cemerlang menamatkan saingan dengan masa 2 jam 26 minit, 20 saat untuk mengungguli Touring Production.
Tempat kedua menjadi milik Jonathan 'Sieh' daripada OPM Lite Racing x Skuber Race Team, manakala Faidzil Alang daripada Pasukan Super Power Lubricants di tempat ketiga.
Kejayaan ini mengukuhkan lagi reputasi Honda Fl5 sebagai jentera pilihan di SIC.
Perlumbaan seterusnya dalam edisi akan datang dijangka lebih mencabar dengan persaingan yang semakin sengit.
"Selepas mula menggunakan kereta baru dalam pusingan kedua, kini kami sudah dapatkan pelarasan yang tepat.
"Kami perlu berusaha keras kerana akan berlumba tiga kali dalam tempoh dua bulan.
"Dengan kesuntukan masa, kami masih dapatkan tingkatkan pelarasan selain penggunaan tayar untuk muncul juara buat kali pertama tahun ini," kata Wee Seng.
Menurut Leon Khoo pula: "Ia semua mengenai kerjasama sepasukan. Ini tahun kelima saya berlumba dan berharap dapat melakukan yang lebih baik lagi pada masa akan datang."
Dapatkan Sekarang

Kekal Bertenaga, Kekal Sihat!
Berocca Orange Effervescent Tablets bantu menyokong sistem imun untuk gaya hidup aktif — sama ada bersukan, bekerja, atau beriadah setiap hari.
Dapatkan Sekarang