Skip to main content

Permotoran

MTCC: Lim Ee Cheok sahut cabaran pelumba muda

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lim-ee-cheok.jpg
Pelumba berpengalaman Sokudo Racing, Lim Ee Cheok, atau lebih dikenali sebagai Es Lim, menyahut cabaran sebagai satu-satunya pelumba yang memandu solo dalam Malaysia Touring Car Championship (MTCC) 2025.

Berbeza dengan pasukan lain yang mempunyai dua pemandu, Lim teruja untuk merasai sendiri pengalaman berlumba solo tanpa pertukaran pemandu dan pilihan itu hanya diberikan kepada pemandu seperti Lim yang mempunyai lesen profesional. 

"Setiap saat mustahak dalam sukan permotoran.

"Ini tahun pertama pasukan menyertai MTCC.

"Kami banyak menguji jentera malah termasuk pemandu.




"Kami cuma mengharapkan dapat menamatkan perlumbaan," katanya. 

Sementara itu, Lim juga teruja untuk melihat aksi dari barisan pelumba muda yang akan menjadi lawannya dalam pusingan kedua MTTC itu. 

Malah, dia yang juga pernah berada di situasi itu ketika awal kariernya sambil berjanji untuk memberikan tentangan dan juga pengalaman hebat kepada pencabar mudanya. 

"Pelumba muda pada masa ini sangat berbakat dan pantas. 

"Saya harap mereka dapat memasuki kancah profesional. 

"Tapi bagi saya sebagai pemandu veteran, saya mahu berseronok dan berkongsi maklumat untuk kebaikan pemandu muda juga," katanya. 

 

Advertisement

Must Watch Video