Pusingan kedua perlumbaan pertama Malaysia Touring Car Championship (MTCC) 2025 menyaksikan kategori MTC/MTC2 didominasi Hayden Haikal dan Rahul Raj Mayer dalam saingan penuh mencabar di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini.
Jentera Suzuki Swift HI-REV Dream Chaser tersebut memastikan gandingan mantap ini menamatkan perlumbaan 1 sebagai juara dengan mencatat 45 minit 13.972 saat.
Bagaimanapun dalam setiap cerita, pasti ada khabar duka apabila terdapat beberapa pelanggaran dalam perlumbaan pertama itu, namun ia tidak memberi apa-apa kesan kepada pelumba tersebut dengan pecutan yang seiring dengan konsistensi tinggi.
"Cabaran esok lebih kurang seperti hari ini.
"Kami agak bergelut untuk kekalkan pendahuluan atas masalah teknikal kereta.
"Kami akan lihat apa yang boleh dilakukan hari ini untuk tingkatkan kuasa kereta.
"Saya harap dalam perlumbaan kami dapat berbuat sesuatu untuk lebih selesa kekalkan petak pertamam" kata Rahul Raj Mayer.
Hayden pula berkata: "Pelumba perlukan tenangkan fikiran untuk pastikan dapat beraksi dengan baik.
"Ia berdasarkan perlumbaan 1 yang menyaksikan beberapa kemalangan berlaku, mujur tiada sesiapa yang cedera.
"Itu paling melegakan."
Dalam acara Pro AM-GR86 Cup Malaysia Series, Hayden turut catat masa terpantas bersama Azriel Azhar dalam pusingan kelayakan menerusi catatan 2 minit 32.558 saat.
Mereka kental mempertahankan kedudukan di petak hadapan dan mengekalkan posisi tersebut hingga penghujung perlumbaan.
"Memang puas hati dengan keputusan kelayakan.
"Tetapi kelayakan dan perlumbaan adalah berbeza.
"Perlumbaan sebenar adalah paling mustahak dan saya akan berdepan beberapa pencabar memberi saingan sengit.
"Jadi saya jangkakan perlumbaan menarik esok," katanya lagi.