Skip to main content

Permotoran

MTCC: Hayden Haikal akur letupan enjin jentera rencat misi buru podium

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hayden.jpg
Insiden enjin jentera pelumba profesional negara, Hayden Haikal, yang meletup semasa perlumbaan kedua, pusingan kedua Malaysia Touring Car Championship (MTCC) 2025 dengan beberapa punca awal telah dikenalpasti bagi mengelak daripada tragedi itu berulang lagi. 

Hayden berkongsikan bahawa terdapat perbincangan awal bersama mekaniknya bagi membesarkan 'restrictor' untuk menambah kelajuan jentera yang sebelum ini diuji berjalan dengan lancar, selain daripada aspek teknikal dimana letupan itu tidak sepatutnya berlaku.

Keadaan itu bukan sahaja menyukarkan Hayden untuk mengekalkan kemenangan podium tengah yang diraihya dalam pusingan pertama, malah memaksanya menelan hakikat jenteranya 'shut down' serta merta.  

Sementara itu, penelitian berterusan akan dilakukan daripada semasa ke semasa untuk mencari solusi kepada masalah itu.






Ketika ini, sesi penyelidikan dan pembangunan sedang dilakukan bagi menguji tahap keselamatan jentera itu untuk berada pada had laju maksimum, tanpa memberikan apa-apa risiko kepada jentera berkenaan.

"Dalam perlumbaan ini adalah sistem untuk mengimbangi prestasi kereta (BOP), kebanyakan jentera lain jadi kita semua kereta bekerja dengan enjin berbeza.

"Jadi, kami besarkan 'restrictor' untuk kereta laju dan perlu tambahkan berat pada kereta, kemudian kereta semua dalam keadaan baik tetapi tidak tahu kenapa meletup." katanya.

Advertisement

Must Watch Video