Kejutan berlaku dalam perlumbaan 2 kategori MTC MT2 saingan pusingan kedua Malaysia Touring Car Championship (MTCC) apabila pilihan utama, Hayden Haikal dan Rahul Raj Meyer, gagal menamatkan perlumbaan kerana masalah teknikal.
Masalah enjin dialami mereka dalam perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) menyaksikan jentera mereka mengalami letupan hingga sekitar litar diselubungi minyak hitam yang mengakibatkan jentera lain berdepan kesukaran.
"Kereta saya menghadapi masalah ketika mendahului dalam pusingan kesembilan perlumbaan 2.
"Sebelum itu saya sudah kenal pasti tentang keadaan enjin dan tiba-tiba ia meletup.
"Kami akan siasat sejauh mana kerosakkannya," kata Hayden.
Situasi itu menyaksikan Lai Wee Sing-Leon Khoo mengambil kesempatan itu untuk memintas, sekali gus memastikan kejuaraan menjadi milik mereka biarpun bermula di petak keempat.
"Strategi kami dan Hayden berbeza.
"Kereta kami dalam keadaan baik setelah kami perbaiki kesilapan sebelum ini.
"Rakan sepasukan juga banyak membantu agar kami benar-benar memandu hingga mencapai hadnya," kata Wee Sing.