Status selaku pemain terbaik Kejohanan Bola Baling Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2025 menjadi bekalan terbaik buat Faqihah Najwa Ahmad Tajudin membantu Majlis Sukan Sekolah (MSS) Kedah pada edisi kali ini.
Buat pertama kalinya, Faqihah Najwan beralih ke kategori perempuan bawah 18 tahun (B18), dia dilihat tidak berdepan sebarang masalah untuk menyesuaikan diri dengan pelajar senior bagi membentuk kombinasi hebat buat pasukan Hijau Kuning.
Selepas mengharungi dua perlawanan peringkat Kumpulan M, pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Pegang, Baling itu berjaya membantu pasukannya mencatatkan satu kemenangan menewaskan Pulau Pinang serta seri bertemu Terengganu.
Untuk rekod, Faqihah telah mencetak 25 gol keseluruhan, sekali gus membantu Kedah muncul juara kategori perempuan B-12, musim lalu.
"Saya mula bermain sejak bersekolah rendah sehingga kini.
"Sifat mencuba daripada bola jaring ke bola baling memberikan pulangan berbaloi, kerana tak jangka dapat mewakili negeri.
"Saya berterima kasih kepada ibu bapa dan jurulatih yang sentiasa menyokong saya.
"Pulun Kedah Pulun!" katanya.

Kejohanan Bola Baling MSSM 2025
— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) May 25, 2025
Juara bertahan kategori lelaki B-18, MSS Pahang langkah kanan dalam aksi sulung peringkat kumpulan R selepas atasi MSS Sarawak dengan keputusan 18-12.
Laporan penuh di Nadi Weekend hari ini.@ASTROARENA pic.twitter.com/j4gnZgmWOd