Skip to main content

Sukan Lain

MSSM: Saya harap tahun ini ada sinar -- Nabilah jadikan Latif Romly sumber inspirasi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mssm_1.jpg
Atlet tuan rumah, Nur Nabilah Fiqkhriyah, menjadikan pemenang pingat emas dua kali lompat jauh T20 Sukan Paralimpik, Datuk Abdul Latif Romly, sebagai inspirasi untuk berjaya dalam sukan olahraga.

Nabilah merupakan sandaran kontinjen Perlis untuk menduduki podium acara baling tukul besi B-18 untuk edisi tahun ini.

Pelajar tingkatan lima SMK Syed Hassan itu mempunyai keinginan yang sama seperti idolanya iaitu untuk mengubah kehidupannya melalui medium sukan.

Nabilah muncul dikalangan atlet terbaik di Perlis menerusi balingan sejauh 46.00m (meter) yang meletakkannya sebaris atlet terbaik Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM), musim lalu.

Atas dasar itu, dia sedia menterjemahkan segala penat lelahnya selama ini ke dalam bentuk kilauan pingat di MSSM 2025 nanti.

"Selepas berlatih dan memberikan siang malam untuk berjaya, saya mahu jadi seperti dia untuk berjaya dalam sukan dan membanggakan negeri dan negara.

"Dia jika mahukan sesuatu dia tak kira penat dalam berlatih untuk berjaya, dia tak berlagak. Saya berharap tahun ini ada sinar selepas berlatih dari tingkatan dua hingga sekarang. Saya harap berjaya tahun ini." katanya.
Redoxon

Kekal Bertenaga, Kekal Sihat!

Redoxon dengan Vitamin C & Zinc bantu menyokong sistem imun untuk gaya hidup aktif — sama ada bersukan, bekerja, atau beriadah setiap hari.


Dapatkan Redoxon Sekarang

Advertisement

Must Watch Video