BOLA BALING
MSSM: 'Sama sebab mereka juga makan nasi bah'
Di sebalik kemenangan berharga 10-9 yang diraih Majlis Sukan Sekolah (MSS) Sarawak ke atas MSS Negeri Sembilan dalam perlawanan pembukaan Kumpulan A kategori perempuan bawah 12 tahun (B-12) Kejohanan Bola Baling Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2025, tumpuan dalam gelanggang terarah kepada pemain paling muda pasukan Sarawak.
Rinnel Abilene Ubong Lusat, pelajar berusia 10 tahun dari Sekolah Kebangsaan Saint Pius Long San, Baram tampil cemerlang selaku jeneral pasukan yang sering menyukarkan pergerakan lawan.
Kelantangan vokal, tenang ketika bertahan dan agresif tatkala menyerang menjadi kekuatan utama pemilik jersi nombor enam itu yang mesra disapa dengan panggilan 'Adik' itu.
Iklan
menariknya, bukan hanya Adik yang menyertai pertandingan tahunan itu, sebaliknya tiga lagi orang kakaknya turut mewakili MSS Sarawak dalam kategori perempuan B-18.
🗣️ 'Semua sama saja sebab mereka sama saja makan nasi bah...' - Rinnel Abilene Ubong Lusat, Pemain Bola Baling MSS Sarawak B-12Rinnel merupakan pemain paling muda untuk pasukan MSS Sarawak pada kejohanan kali ini.More on Nadi Weekend 7 malam ini.@ASTROARENA pic.twitter.com/yVcfEI1E9h— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) May 24, 2025
"Saya melihat orang berlatih sukan ini dan guru pula mengajak saya bermain bola baling.
"Saya berani kerana ada yang menyokong dan memberi semangat kepada saya.
"Semua sama sahaja kerana mereka pun sama makan nasi.
"Saya percaya kawan-kawan saya dan diri sendiri," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhami.
Must-Watch Video