BOLA BALING
MSSM: Pemenang tempat ketiga edisi lalu, Terengganu mahu perbaharui rekod
Saingan hari pertama Kejohanan Bola Baling Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2025 menyaksikan pemenang tempat ketiga kategori lelaki bawah 18 tahun (B-18) musim lalu, Majlis Sukan Sekolah (MSS) Terengganu, langkah kanan dalam perlawanan sulung Kumpulan T mengatasi MSS Negeri Sembilan.
Babak pertama berlangsung sengit apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan, termasuk situasi bertukar jaringan berlaku.
Kelemahan bertahan nyata menjadi punca kubu Negeri Sembilan dibolosi pada babak kedua, sekali gus menoktahkan kemenangan pertama buat Terengganu dengan keputusan penuh 8-11.
Iklan
Kemeriahan hari pertama Kejohanan Bola Baling MSSM 2025 sudah bermula 🔥Aksi sengit di antara MSS N. Sembilan vs MSS Sarawak bagi kategori Perempuan B-12.@ASTROARENA pic.twitter.com/8UxaFw7Os2— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) May 24, 2025
Selepas ini, Terengganu akan menentang MSS Selangor dalam aksi kedua pada esok.
"Kami berpuas hati dengan permainan hari ini.
"Tetapi ada juga kesilapan terjadi, namun kami berjaya menghadapi perkara tersebut.
"Daripada segi hantaran dan tangkapan, termasuk bertahan dan mentaliti harus kuat," kata ketua pasukan, Muhammad Hanif Zurhairi, di Nadi Weekend.
Must-Watch Video