Setiap atlet memiliki rutin tersendiri untuk kekal tenang sebelum turun beraksi.
Bagi wakil Majlis Sukan Sekolan (MSS) Selangor, Dhia Irdina Zahra, cara itu datang dalam bentuk yang agak unik iaitu dengan memicit bola kecil (stress ball) yang diberi julukan sebagai 'Buyu' sempena perlawanan dalam Kejohanan Tenpin Boling Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM).
Buyu bukan jurulatih, bukan rakan sepasukan, malah bukan alat sukan -- ia hanyalah boneka berbentuk sotong sebesar tapak tangan, tetapi kehadirannya cukup bermakna, malah seakan menjadi 'lucky charm' buat Dhia.
"Ini pemberian mama. Jika saya resah, saya akan bermain Buyu dan Insya-Allah okay semula.
"Jika mama tidak dapat hadir, ini adalah pengganti," katanya kepada wartawan Astro Arena, Husna Zainudin.
Menariknya, teknik ini sebenarnya lebih didorong oleh fakta psikologi dan dikenali sebagai 'tacticle grounding' yang menggunakan rangsangan sentuhan untuk mengekalkan fokus individu, sekali gus mengurangkan perasaan gugup atau cemas.

"Hi! My name is Dhia and this is 'Buyu'!"
— husnae (@husnazainudin_) May 25, 2025
Fun Fact! ✋?
Korang tau kan 'tactile grounding'? Teknik memicit objek lembut atau stress ball dapat bantu rasa anxious/nervous.
Haa sebab tulah Dhia akan bawa 'buyu' waktu game sebab kalau ada 'buyu' Dhia akan lebih tenang & strike! pic.twitter.com/tV7NWUWuQu