"Saya mahu banggakan keluarga dan cikgu saya!"
Berikut merupakan hasrat yang diluahkan pemain bola baling Majlis Sukan Sekolah Selangor, Muhammad Rizki Zulhassan Abdul Razzaq, yang memasang impian untuk menjulang Selangor muncul juara Kejohanan Bola Baling Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2025, hari ini.
Selain daripada sukan bola baling, Rizki juga mewakili Malaysia di Kejohanan East Asian Dodgeball 2024 yang menyaksikan skuad negara menamatkan saingan di kedudukan kedua.
Pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Jaya, Ampang itu turut meletakkan sasaran mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2025.
Untuk rekod, Rizki memainkan peranan yang cukup penting ketika bantu MSS Selangor mara ke pentas separuh akhir kategori lelaki B-18 tahun dan dijadualkan bertemu MSS Kelantan esok.
"Dulu masa saya darjah empat saya main lompat tinggi dan cikgu yang tarik saya, kemudian saya main MSSD masa darjah lima.
"Hingga darjah enam saya sudah mula faham apa itu bola baling, ini tahun terakhir saya Bersama Selangor. Selepas MSSM saya akan focus Pendidikan, saya ambil aliran seni kerana saya mahu focus untuk saya sambung belajar nanti.
"Saya harap dapat raih juara tahun ini untuk banggakan cikgu dan keluarga saya yang mendidik saya menjadi pemain bola baling yang hebat." katanya.