Pembukaan takwim Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2025 bermula dengan Kejohanan Merentas Desa, menampilkan pelbagai drama terjadi ketika berlangsung di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jasin, Melaka.
Dengan banyak pengorbanan dicurah, penceritaan edisi kali ini menjadikan pertandingan lebih menarik.
Satu perlumbaan yang mencabar mental dan fizikal pada tahap tertinggi dan itu mungkin ungkapan terbaik yang boleh disebut mengenai laluan trek tahun ini.
Peserta perlu menghadapi liku jalan sekitar kampus UiTM sebelum mengharungi perjalanan ladang kelapa sawit untuk ke garisan penamat.
Bagi juara individu kategori lelaki bawah 18 tahun (B-18), T. Jayvind, dari Majlis Sukan Sekolah (MSS) Negeri Sembilan, membawa nama negerinya bangkit berbanding tahun lalu menjadi cerita paling manis buat dirinya tahun ini.
"Saya berada di sini saya berjaya mendapatkan nombor satu.
"Saya mahu membanggakan ibu bapa saya dan ini adalah sukan yang ceburi sejak darjah empat.
"Sukan ini tidak boleh putus asa," luahnya kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.
Sementara itu, juara bertahan wanita B-18, Tan Zhi Lin, terharu apabila mampu mengekalkan pingat emas yang dimenanginya tahun lalu.
Zhi Lin berkongsi juga terdapat banyak pengorbanan dibuat untuk merealisasikan kecemerlangan ini.
"Saya tetap bersyukur.
"Pengorbanan setiap pagi saya akan berjogging sebelum ke sekolah membuahkan hasil," katanya.

MSS Selangor dinobat juara keseluruhan Kejohanan Merentas Desa MSSM 2025 buat kali ketiga berturut-turut dan juga kali ke-16 dalam sejarah ???
— Kamal Nizam (@kamalnizamm) May 10, 2025
More on @ASTROARENA pic.twitter.com/gNTb8jSSB1