Skip to main content

Sukan Lain

MSSM: Bekas olahragawati 2023 kembali dengan misi sama

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mssm.jpg
Proses pemulihan daripada kecederaan mematangkan pemenang lima pingat emas Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2023, Izzatul Musfirah Ahmad Kamal Azira, untuk kembali mendominasi olahraga, sekali gus terus mengukir nama sebaris dengan pelari negara.

Dengan rekod selaku Olahragawati kategori bawah 15 tahun (B-15), pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Haji Abdul Rahman Limbong itu optimis dengan dirinya mampu melakar kejayaan berganda menewaskan pesaing lain.

"Pasca kecederaan, ia memberi saya banyak pengajaran menjadikan saya l lebih bersemangat. 

"Saya telah menunggu hampir setahun, jadi saya mahu membuktikan sesuatu," katanya kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis.

Pengalaman bertanding di peringkat antarabangsa mahupun tempatan bakal menjadi senjata utama dirinya, selain mahu mencipta sejarah baharu dengan acara yang disertainya.
Redoxon

Kekal Bertenaga, Kekal Sihat!

Redoxon dengan Vitamin C & Zinc bantu menyokong sistem imun untuk gaya hidup aktif — sama ada bersukan, bekerja, atau beriadah setiap hari.


Dapatkan Redoxon Sekarang

Advertisement

Must Watch Video