Skip to main content

Sukan Lain

MSSM: Atlet MSS Selangor mahu buru kejuaraan merentas desa kali ke-16 dalam sejarah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mssm.jpg
Kapten skuad lelaki Majlis Sukan Sekolah (MSS) Selangor bawah 18 tahun (B-18), Muhammad Yamin Sharimi, mengharapkan tahun terakhirnya dalam Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) menjadi detik terindah buat dirinya. 

Untuk rekod, Yamin terlepas pertandingan itu tahun lalu. 

Dan menanam hasrat membantu kontinjen Selangor mencapai juara keseluruhan buat kali ke-16 dalam sejarah.

Larian edisi kali ini akan bermula di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jasin, Melaka, esok.

"Perjalanan saya bermula dari 2022 dan mengandungi cabaran terbesar tatkala tiada bimbingan jurulatih.

"Saya mahu membuktikan kepada semua orang yang saya mampu mewakili Selangor. 
 


"Saya akan buat yang terbaik kerana ini merupakan tahun terakhir," katanya kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam. 

Menariknya, sebelum memasuki pasukan MSS Selangor, Yamin banyak berlatih bersendirian sebelum mendapat tunjuk ajar penuh daripada jurulatih negeri.

Oleh itu, misi penting buat Yamin untuk membalas kembali kepercayaan yang diberi barisan kejurulatihan pada perlumbaan esok.

"Banyak ilmu baru yang saya pelajari. 

"Mereka (barisan kejurulatihan) memberika sokongan moral dan memperkenalkan taktik yang bagus.

"Saya sangat bersukur dapat memasuki pasukan ini," tambahnya lagi.

Sementara itu, pelari kategori B-15, Ellina Irez Azizul, yang juga merupakan atlet pelapis Malaysia ingin memanfaatkan pengalamannya di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) untuk membantu pasukannya.

Walaubagaimanapun, Ellina enggan terlalu yakin dalam perlumbaan dan hanya fokus mengikuti segala strategi yang dirancang barisan kejurulatihan.

Advertisement

Must Watch Video