Skip to main content

Sukan Lain

MSSM: Adik Johan Ghazali minat berlari selain sampingan muay thai

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mia.jpg
Saingan merentas desa tahun ini menerima penglibatan peserta yang dikenali iaitu adik kepada petarung muay thai negara, Johan Ghazali Zulfikar, Emylia Lyn Ghazali dalam Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) di Melaka.

Emylia Lyn atau mesra dipanggil Mia Ghazali itu mewakili kontinjen Majlis Sukan Sekolah (MSS) Sarawak dan lebih mengejutkan, ia merupakan kali pertama dia dapat menyertai edisi kali ini. 

Pencapaian terbaiknya ialah menjadi pelari terbaik negeri itu dalam pertandingan tersebut.

"Dalam muay thai juga ada lari-lari. Saya juga minat untuk berlari dari dahulu.

"Saya mahu meneruskan karier dalam larian sampai besar," katanya di Nadi Weekend.

Advertisement

Must Watch Video