SUKAN LAIN
MSPL 2025: Malaysia Tigers benam cabaran Diamond Bangers
Aksi pembukaan Malaysia Super Pickleball League menyaksikan pasukan Malaysia Tigers bermula garang apabila membenam cabaran Diamond Bangers 3-2.
Gandingan Syed Uzair dan Zaki Pauzi mengukir senyuman lebar buat Malaysia Tigers dalam kategori beregu lelaki 19 tahun ke atas, apabila menyumbang mata pertama menundukkan Jimmy Liong dan Izzul Aizudin 25-20.
Momentum cemerlang itu diteruskan Cristopher Kong serta Darren Lo dalam kategori beregu lelaki 35 tahun ke atas apabila menang mudah 25-11 menewaskan gandingan Diamond Bangers, Edwin Koh dan Ten Say Boon.
Iklan
Bagaimanapun, Diamond Bangers kembali bangkit dalam kategori beregu campuran menerusi gandingan Jimmy dan Rachel Yong, menundukkan Malaysia Tigers yang diwakili, Syed Uzair dan Delia Arnold dengan keputusan 25-19.
Drama berterusan apabila kategori split aged men's doubles memihak Diamond Bangers untuk meneruskan momentum kebangkitan dengan kemenangan diraih Edwin Koh dan Izzul Aizudin mengatasi Zaki Pauzi- Darren Lo, 25-22.
Keputusan 2-2 itu menyaksikan perlawanan terpaksa ditentukan dengan 'pick-breaker' di mana Malaysia Tigers muncul pemenang dengan keputusan 21-17.
Must-Watch Video