Jika dalam sukan badminton kita mempunyai Nur Izzuddin Rumsani yang ternyata memiliki pukulan smash yang kuat, kini giliran Ashaari Zainal pula dengan smash kencang dalam sukan pickleball.
Pendekatan yang serupa antara tennis dan pickleball mempengaruhi corak serangannya dalam sukan ini ketika bersaing dalam Malaysia Super Pickleball League (MSPL) 2025.
Antara perlawanan tumpuan MSPL pada hari kedua ini menyaksikan Bintang Crushers menewaskan Diamond Bangers 4-0.
Kategori beregu lelaki 19 tahun ke atas memperlihatkan gandingan Bintang Crushers, Narcus Low-Perry Kuan mudah mengetepikan cabaran Diamond Bangers yang dibarisi Izzul Aizudin-Ten Say Boon 25-16.
Momentum tersebut diteruskan dalam bergu lelaki kategroi 35 tahun ke atas apabila Ashaari Zainal-Marcus Low dari Bintang Crushers menang mudah 25-12 mengatasi wakil Diamond Bangers, Ten Say Boon -Nabil Fikri.
Bergu campuran turut memperlihatkan dominasi Bintang Crushers menerusi Lim Zi Xuan-Roxanne Ang menewaskan gandingan Diamond Bangers, Jimmy Liong-Rachel Yong Mei Ling dengan keputusan tipis, 30-29.
Kategori terakhir bergu lelaki split aged melengkapkan petang gemilang buat skuad Bintang Crushers melalui Ashaari Zainal-Lim Zi Xuan dengan kemenangan 25-20 mengatasi Nabil Fikri-Jimmy Liong
Selepas tamat perlawanan, Ashaari sempat berkongsikan kepada Nadi Weekend semalam, dia berkata, "Teknik permainan dalam sukan tenis banyak membantu saya beraksi dalam sukan pickleball terutama dalam saingan MSPL kali ini. Sedikit sebanyak ia menjadi kemahiran yang penting namun banyak lagi latihan perlu dilakukan untuk terus menguasai sukan ini."