SUKAN LAIN
MSN-MAKAF gagal capai kata sepakat
Mesyuarat jawatankuasa kerja antara Majlis Sukan Negara (MSN) dan Persekutuan Karate-do Malaysia (MAKAF) gagal mencapai kata sepakat mengenai jumlah atlet yang patut digugurkan.
MAKAF mahu menilai semula prestasi atlet mereka selepas Malaysia hanya meraih satu pingat gangsa Kejohanan Karate Asia (AKF) dua minggu lalu.
Badan induk itu mahu sekali lagi mengadakan pertemuan dengan MSN pada 24 Januari ini.