MSN perkasa program 'Fast Track' Sukan Olimpik LA 2028
Najmi Iman
Ogos 12, 2024 20:05 MYT
Ogos 12, 2024 20:05 MYT
Majlis Sukan Negara (MSN) akan terus memperkasa program 'Fast Track' Sukan Olimpik LA 2028 yang diperkenalkan Februari lalu tatkala sudah memuatkan atlet daripada sukan skuasy dan terjun.
Menurut ketua pengarah program itu, Abdul Rashid Yaakub, badak induk itu akan meneroka sukan-sukan lain yang berpotensi menyumbang pingat di edisi seterusnya.
Hal ini kerana, pendekatan tersebut adalah supaya Malaysia tidak bergantung kepada sukan badminton dan berbasikal trek untuk membutirkan pingat emas pertama negara.
"Kami juga dalam perancangan untuk membangunkan sukan-sukan baru seperti negara luar yang memenangi sukan bukan pilihan sebagai mencungkil potensi memiliki pingat," katanya.