SUKAN OLIMPIK
MSN perhalusi habuan setimpal buat skuad Sepak Takraw
Debaran semakin terasa menjelang temasya Sukan Olimpik Paris 2024 yang bakal membuka tirai lagi 56 hari lagi, Menteri Belia Dan Sukan (KBS), Hannah Yeoh, berkata atlet yang tidak tersenarai dalam program Road To Gold (RTG) atau podium namun berjaya melayakkan diri ke temasya gah itu bakal diberi bantuan kewangan bagi persiapan yang jitu.
Dia menjelaskan bahawa penggumuman rasmi akan diumumkan pada minggu depan berkenaan bantuan yang akan diberikan kepada atlet profesional yang membawa nama Malaysia.
"Untuk program RTG, atlet yang sudah tersenarai kita akan umumkan bantuan dan kewangan buat atlet yang mewakili Malaysia tetapi tidak tersenarai dalam program RTG dan Program Podium oleh MSN.
"Untuk pemain profesional badminton yang akan pergi mewakili Malaysia, kita akan buat penggumuman minggu depan.
Tambahnya lagi, susulan kejayaan skuad Sepak Takraw Negara dalam kejohanan Piala Dunia ISTAF 2024, imbuhan dari pihak kerajaan akan diberikan sebagai hadiah atas pingat emas yang diraih dalam acara Double dan Regu buat pertama kali sejak kejohanan itu diadakan.
"Untuk sepak takraw, kerana ini kejohanan dunia dan persatuan telah meminta kepada kepada MSN untuk memberikan ganjaran kepada pemenang pingat emas dan pihak MSN sedang meneliti.
"Selalunya kita akan memberikan bantuan tetapi dari aspek bajet MSN akan perhalusi terlebih dahulu." katanya.