OLIMPIK PARIS
MSN bincang dulu dakwaan bapa Khairulnizam Afendy
Berikutan dakwaan bapa kepada jaguh pelayaran negara, Mohd Afendy Abdullah, yang mendakwa Khairulnizam Afendy mendapat layanan kurang memuaskan di Sukan Olimpik Paris 2024.
Pengarah bahagian atlet Majlis Sukan Negara, Azrul Hisyam Abdul Jalil, ketika dihubungi memaklumkan secara ringkas bahawa perbincangan akan dilakukan terlebih dahulu sebelum pihak Majlis Sukan Negara (MSN) memberikan sebarang kata putus.
"Perbincangan akan dilakukan terlebih dahulu". Katanya ringkas ketika dihubungi.
Iklan
Begitupun, dijangkakan pihak MSN akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat berkenaan isu itu.
Must-Watch Video