Majlis Sukan Negara (MSN) membiayai hingga 90 peratus dana kepada atlet pelayaran negara, Khairulnizam Afendy, sepanjang pembabitannya dalam empat Sukan Olimpik.
MSN sentiasa menyokong Khairulnizam sepanjang usahanya untuk mengharumkan nama Malaysia di Paris, malah terbuka untuk mengadakan perbincangan bersama atlet pelayaran itu.
"Kebanyakannya saya boleh kata 80 peratus hingga 90 peratus dibiayai oleh pihak MSN. Jadi saya kurang pasti dakwaan ketidaksamaan yang dia terima, kita ada fakta semua tetapi tidak mahu untuk menyatakan perkara itu ketika ini.
" Jika dia memilih untuk menjadi profesional maka kontrak bersama program podium perlu ditamatkan." kata Ketua Pengarah MSN, Abdul Rashid Yaakub, yang dipetik daripada sebuah media sukan tempatan sebentar tadi.
Dalam masa sama, tindakan atlet berusia 31 tahun itu yang ingin bergerak secara profesional semestinya memberikan kesan memandangkan dia berada dalam Podium Sukan Elit (Program Podium).
Untuk rekod, program podium diperkenalkan bagi tujuan menyediakan bantuan, latihan dan dana kepada atlet berprestasi tinggi.