MSF Merdeka: Ariff Azmi sasar podium, bawa pulang kejuaraan

Saufi Tahir
Ogos 27, 2024 19:31 MYT
Menjelang perlumbaan Merdeka Malaysia Speed Festival, Ariff Azmi, daripada pasukan Stratos berazam untuk menebus kehampaan edisi lalu dengan laungan amaran untuk podium pertama dalam kategori GT86 dan BRZ Cup di Litar Antarabangsa Petronas Sepang.
"Tahun ini kami sasarkan untuk menjadi juara memandangkan tahun lepas kami di kedudukan ketiga secara keseluruhannya.
"Kami mahu menang untuk bawa semangat kenegaraan, sebab tahun lepas juara adalah pelumba Singapura. Jadi tahun ini kami mahu bawa pulang trofi semula."
Sementara itu, pelumba pasukan Sokudo Racing, Ng Chong Chin, yang mewakili kategori Rennplatz Standard Production pula berasa yakin mampu mempertahankan kejuaraan dalam kategori itu.
Terdahulu, pengasas Malaysia Speed Festival, Adian Yein khalid, mengesahkan beberapa kelainan pada perlumbaan edisi 2024 bagi menggalakkan lagi persaingan yang sihat antara pelumba sekali gus menarik peminat untuk melihat keunikan yang ditampilkan sempena hari kemerdekaan negara.
"Tahun ini yang menarik adalah kita telah tingkatkan tahap kesekurannya, daripada 88 pusingan, tahun ini 99 pusingan. Jadi ia akan mengubah strategi walaupun tambahan 11 pusingan sahaja. Mereka perlu ubah strategi jika mahu menjadi juara tahun ini." katanya kepada Nadi Arena.
#Ariff Azmi #Merdeka Malaysia Speed Festival
;