Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSdeaf) giat mempersiapkan kontinjen negara menuju dua temasya utama tahun ini, iaitu Sukan Deaf SEA Jakarta pada Ogos depan serta Deaflympics Jepun pada November depan.
Sasaran 15 pingat emas akan menjadi fokus utama buat hampir 90 atlet yang bakal bertanding dalam Sukan Deaf SEA manakala tiga emas pula menjadi sasaran dalam Deaflympics menerusi acara Badminton, Boling dan Olahraga.
Menurut Presiden MSdeaf, Dr Ong Shin Ruenn, segala persiapan telah bermula sejak tahun lalu melibatkan latihan pusat di enam negeri, termasuk Terengganu, Perlis dan Sabah.
Setiap lokasi ditetapkan mengikut disiplin sukan tertentu bagi memastikan intensiti latihan mampu dilaksanakan dengan lancar.
"Persiapan memang sudah dimulakan sejak tahun lalu," katanya kepada wartawan Astro Arena, Ainul Abd Rouf
"Bagi acara olahraga, kami sudah memulakan kem latihan pusat di tiga negeri, iaitu Terengganu, Perlis dan Sabah.
"Badminton dan boling pula di Petaling Jaya, manakala catur pula di Pulau Pinang dan Sabah."
"Kami mendapat sokongan kerajaan melalui Majlis Sukan Negara (MSN) dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, juga sudah memperuntukkan RM3 juta kepada persatuan yang digunakan untuk memfokuskan kepada latihan yang dirancang, terutama untuk Deaflympics."
Terdahulu, Dr Ong mengekalkan jawatannya sebagai Presiden MSdeaf tanpa bertanding dalam perhimpunan agung tahunan persatuan itu di ibu negara semalam.