E-SUKAN

MSC MLBB: Selangor Red Giants bukan 'jaguh kampung', optimis mampu tawan dunia

Muzaffar Musa 18/06/2024 | 12:57 MYT
Juara MPLMY S-13, Selangor Red Giants, enggan mendongak ke langit selepas mengharungi musim sempurna tanpa sebarang kekalahan.
Ia disusuli dengan rentetan kemenangan dalam aksi persahabatan menentang beberapa pasukan jaguh Asia Tenggara.
Difahamkan, sesi 'scrims' -- terma yang digunapakai atas tujuan latihan di balik tabir dan bukan untuk tontonan umum -- memperlihatkan SRG jelas berada dalam kelas tersendiri.
Dalam persiapan akhir menuju Mid-Season Cup (MSC) di Riyadh, Arab Saudi bermula 28 Jun ini, SRG optimis mampu mengekalkan rentetan kemenangan itu dan menjuarai kejohanan peringkat tertinggi dunia berkenaan.
Dalam satu wawancara bersama wartawan Astro Arena, Karl Nunis, pemain SRG, Yums, yang merupakann roamer terbaik MPLMY S13, berkata: "Kami sudah bersedia untuk kejohanan antarabangsa, jadi anda semua jangan risau, kami bukan jaguh kampung.
"Persiapan kami seperti biasa, kami juga berlatih untuk IESF (Kejohanan E-Sukan Dunia) pada hujung tahun ini.
"Selangor juga memberikan kami ujian kesihatan, makanan tambahan dan nutrisi untuk kami kekal cergas secara fizikal.
"Kami tidak risau langsung kerana kami kini lebih keyakinan. Selepas dihujani pujian, kami masih perlu memberbaiki cara permainan kami. Kami masih perlu memperbaiki kesilapan kami dan kami akan jadi yang terbaik," katanya.
#E-Sukan #MLBB #MPLMY S-13 #Selangor Red Giants #Yums
;