Skip to main content

E-Sukan

MSC 2025: SRG.OG beri segalanya sebelum gagal pertahan gelaran dunia di Riyadh

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

srgog-msc.jpg
Selangor Red Giants OG (SRG.OG) gagal mempertahankan kejuaran dunia MLBB MSC 2025 apabila tewas kepada pasukan dari Filipina, Team Liquid PH (TLPH) dalam aksi grand final di Riyadh, Arab Saudi sebentar tadi.

Turun selaku juara bertahan dalam aksi BO7 berkenaan, SRG.OG bermula baik untuk memenangi game pertama dengan draft asing yang berkesan.

Bagaimanapun, empat game berikutnya bertukar bencana buat juara MPL Malaysia itu, terutama dalam game ketiga, di mana Innocent berhasil mendapatkan 'Maniac' sebelum tumbang di tangan pemain lawan.

Ia menyaksikan wakil negara itu terpaksa akur dengan kekalahan 1-4 kepada TLPH selepas layak ke final buat tahun kedua berturut-turut.

Selaku naib juara, SRG.OG membawa pulang $500,000 (RM2.13 juta) wang hadiah kemenangan.
 

Advertisement

Must Watch Video