Skip to main content

E-Sukan

MSC 2025: "Kami mahu 'revenge' kalau jumpa sekali lagi....."

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

563px-srg_stormie_at_m6_knockout_stage.jpg
Selangor Red Giants OG (SRG.OG) gagal mempertahankan kejuaran dunia MLBB MSC 2025 apabila tewas kepada pasukan dari Filipina, Team Liquid PH (TLPH), dalam aksi grand final di Riyadh, Arab Saudi semalam.

Turun selaku juara bertahan dalam aksi BO7 berkenaan, SRG.OG bermula baik untuk memenangi game pertama dengan draft asing yang berkesan.

Sementara itu, pemain Midlaner SRG.OG, Hazziq Rizwan, atau lebih dikenali sebagai Stormie meluhkan rasa berpuas hati bersama pasukannya tampil dengan aksi cukup cemerlang walaupun tewas 4-1.

Stormie akui pasukannya kalah dari segi draft yang lebih memihak buat TLPH dalam aksi grand final itu.

"Saya rasa kami kalah disebabkan draft, tetapi tidak boleh menyalahkan keseluruhan mungkin daripada segi rencana permainan.




"Saya akui TLPH pasukan yang sangat kuat tetapi kami mampu beri tentangan hebat.

"Beraksi di grand final tidak beri kami tekanan, kami hanya mampu tersenyum dan bangga dengan pencapaian kami.

"Kami mahu balas dendam jika berjumpa kembali pasukan TLPH" katanya dalam satu sesi temubual bersama pempengaruh Sultan Riq.

Selaku naib juara, SRG.OG membawa pulang $500,000 (RM2.13 juta) wang hadiah kemenangan.

Advertisement

Must Watch Video